~:muslimah sejati:~
Monday, 27 April 2009
IBU....
Inilah fitrah manusia,tidak dapat lari dari ujian, tak kira lah samada ujian kecil ataupun ujian besar.
Hari ini ibuku dimasukkan ke hospital Seberang Jaya, Penang untuk menjalani satu pembedahan kecil di belakang.Lipoma...itulah penyakit ibuku.Mengikut keterangan doktor,ia merupakan satu pembekakan tisu lemak yang terjadi pada mana2 sel badan yang mempunyai lemak. Mujurlah ianya tidak merbahaya.Cuma ia membesar.Kalau diikutkan ibuku memang tak nak buat pembedahan.Tapi kami adik beradik mendesak juga kerana takut ia makin membesar.Dalam hati ni Allah saje la yang tahu.Betapa aku risau tentang ibu.Tambahan pula faktor jarak yang memisahkan kami.Membuatkan aku tak senang duduk.Buat keje semuanye tak kene.Dari jauh aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan ibuku semangat dan ditabahkan hatinya.Semasa aku ditalian tempoh hari,airmataku jatuh bagai hujan.Seperti biasa,ibuku akan kata "jangan la risau, mak tak de apa2, pergi belajar jangan main2".Ibuku tidak pernah menyusahkan anak2nya.
Sekarang juga aku masih tertunggu2 berita tentang penbedahan ibuku.Nak study pun dah tak de mood.Buka tutup je kitabnye..Ingatanku melayang entah ke mana2.Aku harap ibuku selamat dan sihat hendaknya.Hanya pada Allah ku serahkan segalanya.Dia yang memelihara ibuku dan Dia jua yang melindungi ibuku..SALAM SAYANG BUAT IBUKU....
