~:muslimah sejati:~
Thursday, 28 February 2008
..:Rindu menikam kalbu:..

Rindu amat tatkala melihat wajah itu.Dua insan yang amat bermakna dalam hidupku.Ibu tersayang dan mak ngah yang diingati.Walau telah ku terlepas untuk menemui wajah pak ngah,abang mail,tok ngah dan mak long semasa aku pulang ke malaysia baru2 ini,aku tetap bersyukur kerna Allah masih lagi memberi aku peluang menatap wajah dua insan ini.
Ibu,kini usia anakmu sudah menjangkau 22 tahun.Ku tahu ibu telah banyak berkorban setelah ayah kembali ke rakmatullah hampir 13 tahun yang dulu.Terima kasih ibu......Jasamu akanku kenang hingga keakhir hayatku.
Aku bersyukur kerna dikurniakan ibu semuliamu.Ibu mengasuhku,mendidikku,membelaiku dan mengajarku erti kehidupan di dunia yang fana ini.Walau ku cari di seluruh pelusuk dunia tak kan ku temui cinta sesuci cintamu ibu.
Tikaku terleka,ibu lontarkan kalam nasihat buatku.Agarku tidak hanyut di bawa arus duniawi.Akanku ingat setiap patah pesanmu ibu.Walauku musafir di hujung dunia,kalammu itu akan sentiasa tersemat di sanubariku.......
Mak ngah......satu-satunya ibu saudaraku kini.Kerna mak long baru saja meninggal dunia pada bln ramadhan tahun lepas..Sedih,pedih....tatkala menerima berita itu...Teringat diwaktu aku ingin berangkat ke bumi mesir...Kata-katanya yang terakhir itu kini telah menjadi kenyataan yang amat perit untukku terima.Namun takdir mengatasi segalanya.Engkau pergi jua akhirnya...Kini yang tinggal hanya mak ngah yang masih gigih meniti usia tuanya.
Ibu dan mak ngah dua insan yang banyak memberiku semangat untuk meneruskan perjuanganku.Ya Allah,engkau limpahkanlah rahmatmu keatas mereka.Engkau lindungilah mereka dari sebarang malapetaka.Dan Engkau masukkanlah mereka kedalam syurgaMu...Ya Allah .... Ya Rabbal A`lamin........
Friday, 1 February 2008
~:hebatnya wanita solehah:~
Di dalam syurga nanti, para bidadari akan saling berpegangan tangan sambil menyanyi dan suara yang begitu merdu sekali,,, Mereka akan berkata; kami adalah gadis2 yang sentiasa redho,, kami tak akan marah untuk selama2 nya,,, kami adalah gadis yang kekal , tak akan mati untuk selama2 nya,, kami adalah gadis2 yang tak akan habis nikmat nya,,, kami adalah gadis2 yang cantik,,, kami amat menyayangi suami2 kami,,,
Kemudian,,, ucapan ini akan digari oleh wanita2 syurga yang berasal dari dunia,,, lantas mereka menjawab; kami pernah bersolat,,, tapi kamu,,, tak pernah,,!! kami pernah berpuasa,,,, tapi kamu,,,, tak pernah.,,! kami pernah berwuduk,,tapi kamu,,, tak pernah,,! kami pernah bersedekah,, ,, tapi kamu,, tak pernah,,!
Maka bidadari syurga akan kalah,,, BETAPA HEBAT NYA KEDUDUKAN SEORANG WANITA SOLEHAH,,,
Diriwayat kan bahawa, sekira nya bidadari syurga menghulur kan jari kelingking nya ke dunia,,, semua lelaki akan mati gila bayang,,,, Sekira nya mereka meludah ke lautan, seluruh laut akan jadi manis,,, Mereka akan memakai pakaian yang cantik,,, 70 lapis!! namun masih boleh dilihat hati mereka yang tertulis nama kekasih(suami) mereka,,,,,, ,,,
Tapi kata ulamak, WANITA SOLEHAH adalah 70 ribu kali ganda cantik nya di dalam syurga nanti!! SUBHANALLAH! mereka akan jadi ketua bidadari,,,,
