~:muslimah sejati:~

Tuesday, 26 May 2009

Hai la abangku

Lewat petang semalam aku mendail nombor abangku yang tengah.Sudah lama aku tidak menanyakan khabar beritanya.Dalam ramai2 abang aku hanya rapat dengan yang sorang ni.Tak tahu kenapa....Mungkin disebabkan dia peramah.Abangku yang sulung agak garang sedikit jadi, aku agak takut bila bercakap dengannya.Abang yang atasku pula memang pendiam giler.Aku cakap sepatah dia cakap sepatah..Hanya pada kali ketiga aku dail baru diangkatnya.Rupa2nya dia sedang mandi tadi.Kedengaran suaranya yang garau (sbb dia askar) di talian.Mulanya aku bertanyakan khabar pastu masuk pulak hal keluarga.Sampailah ke hal perkahwinannya..Dia dijangka akan melangsungkan perkahwinan lewat hujung tahun ni.Bermakna aku tak dapat la balik sebab masa tu memang dah dekat sangat ngan exam.Jadi aku pun suruh la dia cepatkan tarikh.Ntah kenapa tiba2 dia naik hot pulak.Dia kata aku ni hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain.Aku pun naik hot jugak sebab dia kata macam tu....Maka berlaku lah sedikit pergaduhan kecil.Aku pula banyak menjawab.Lagi la dia bengang.He.he..Ngan dia aku boleh la berani sikit tapi kalau ngan abangku yang dua lagi nahas aku..Akhirnya au jugak la kene mengaku salah.Aku pun mintak maaf kat dia..Lagipun esoknya aku nak exam.Dia jugak mengaku salah...Pastu aku suruh dia masukkan topup celcom sepuluh sebab nak call mak pulak.Lepas talian diputuskan, tiba2 jer dia tepon balik.Terkejut gak..Aku tak angkat sebab nanti potong banyak kredit.Jadi aku pun call la dia balik.Rupa2nya dia suruh aku balik pulak.Heran aku...Aku dah jadi tawar hati nak balik melaysia.Dia pun pujuk la aku suruh balik waktu dia kenduri nanti.Dia kasi mesej kat aku...."mu balik nanti yer klu kenduri kawin aku jadi nanti".Aku pun balas balik.."tengok la dulu camne nanti".Dia balas balik "merajuk pulak...bukan camtu,kami tak nak susahkan mu jer.Mu nak pakai duit banyak.Kami kesian kat mu.Mu tu la,salah sangka ngan abang2mu.Kami ambik berat kat mu".Aku kata aku paham jer.Last sekali dia kasi mesej kata "jangan merajuk dah..comel la adikku sorang ni".Dengan siap tambah topup lagi.He.he...Ntah la, aku pun tak tau nak balik ke tak....kene wat sembahyang istikorah ni...Aku pun dah tak marah kat abang aku ni.Kesian pulak kat dia.Tapi yang pastinya aku SAYANGKAN SEMUA ABANG DAN KAKAK.Aku TAK KAN lupakan jasa kalian semua....


posted by humaira` at 19:59 0 comments

Monday, 27 April 2009

IBU....



Inilah fitrah manusia,tidak dapat lari dari ujian, tak kira lah samada ujian kecil ataupun ujian besar.
Hari ini ibuku dimasukkan ke hospital Seberang Jaya, Penang untuk menjalani satu pembedahan kecil di belakang.Lipoma...itulah penyakit ibuku.Mengikut keterangan doktor,ia merupakan satu pembekakan tisu lemak yang terjadi pada mana2 sel badan yang mempunyai lemak. Mujurlah ianya tidak merbahaya.Cuma ia membesar.Kalau diikutkan ibuku memang tak nak buat pembedahan.Tapi kami adik beradik mendesak juga kerana takut ia makin membesar.

Dalam hati ni Allah saje la yang tahu.Betapa aku risau tentang ibu.Tambahan pula faktor jarak yang memisahkan kami.Membuatkan aku tak senang duduk.Buat keje semuanye tak kene.Dari jauh aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan ibuku semangat dan ditabahkan hatinya.Semasa aku ditalian tempoh hari,airmataku jatuh bagai hujan.Seperti biasa,ibuku akan kata "jangan la risau, mak tak de apa2, pergi belajar jangan main2".Ibuku tidak pernah menyusahkan anak2nya.

Sekarang juga aku masih tertunggu2 berita tentang penbedahan ibuku.Nak study pun dah tak de mood.Buka tutup je kitabnye..Ingatanku melayang entah ke mana2.Aku harap ibuku selamat dan sihat hendaknya.Hanya pada Allah ku serahkan segalanya.Dia yang memelihara ibuku dan Dia jua yang melindungi ibuku..SALAM SAYANG BUAT IBUKU....


posted by humaira` at 18:40 0 comments

Saturday, 25 October 2008

Yang selesai dan yang belum

Erm....alhamdulillah semuanyer dah selesai.Selesai ape yek??Selesai le sudah program hari hikmat sempena USMB 2008.Aku ditugaskan sebagai p.u. sambutan dan pengangihan.Sebenarnyer tugas aku hanye sibuk ketika mana budak baru sampai jer.Tapi aku juga tak leh nak abaikan tugas2 kawan2 aku yang lain.So,sementara aku free ni,aku tolong la diorg.Kan Islam itu berjemaah...Tapi sebenarnye aku ade je tugas lain yang tak de kaitan ngan USMB.Antaranyer menjahit.Beberapa hari lepas kawan aku de hantar baju utk dijahit butang.Pada mulanya ingatkan sikit jer,tapi sekali dia kasi 11 helai baju.Adui!!!!nak tolak pun tak sampai hati.Akhirnye aku terpaksa le cari "pekerja"yang tak bergaji.Syok jugak dapat "tender"jahit ni.Tapi kalau dah banyak sangat tu tak larat la jugak kan...Kalau diingatkan balik aku sebenarnye bukannye reti sangat menjahit ni.Kat Malaysia pun aku tak menjahit sangat,apetah lagi le ambik krusus jahit.Aku pakai hemtam jer.Tapi jadi le gak..Yang penting aku de minat.Aku ingat bila dah habis belajar nanti,aku nak ambik krusus menjahit ngan memasak.Bukan aku tak reti masak haa..Cuma nak lebih mendalam jer.Antara menjahit ngan memasak,aku lebih suke memasak.Nak jadi suri rumah tangga kan.hehe..Cita2 aku nak bukak restoren islam yang terkemuka kat Malaysia.Bukan saje bebas dari bahan2 syubhah malah harge pun berpatutan..Ade tazkirah,pengasingan antara lelaki ngan pompun,ade maktabah mini dan yang paling penting nak masuk restoren aku mestilah pakai pakaian tutup aurat.Amacam??ok tak..Doakan la cita2 aku ni berjaya yek...
posted by humaira` at 02:15 0 comments

Thursday, 24 July 2008

~:Tazkirah 2:~

SEBAB AWAK LELAKI...


AWAK TU LELAKI,
JAGALAH MATA DAN HATI...

AWAK TU LELAKI,
KENALAH BERANI...

AWAK TU LELAKI,
JANGAN ROSAKKAN DIRI...

AWAK TU LELAKI,
JAGALAH PERIBADI...

AWAK TU LELAKI,
PERLULAH JAGA UKHTI...

AWAK TU LELAKI,
AWAS!!!JANGAN SOMBONG DIRI...

AWAK TU LELAKI,
JANGANLAH EGO TINGGI...

AWAK TU LELAKI,
JADILAH PEMIMPIN SRIKANDI...

AWAK TU LELAKI,
MATA JANGAN TERLALU MEMERHATI...

AWAK TU LELAKI,
KENALAH JAGA ABI DAN UMI APABILA MEREKA TUA NANTI...

AWAK TU LELAKI,
KENALAH SELALU JEMAAH SEKALI...

AWAK TU LELAKI,
NAIK TANGGA JANGANLAH BERLARI ATAU MENYANYI...

AWAK TU LELAKI,
JAGA MARUAH DIRI...

posted by humaira` at 22:42 0 comments

Wednesday, 9 July 2008

~:Tazkirah:~

Jika diingatkan kembali terasa kelakar dan geli hati.Baru saja aku memberi tazkirah.Bergetar juga rasa hati,padahal sudah lama mengaji.Mungkin jarang sekali aku memberi kalam memperingati.Tak tarasah!!!Teringat pada pantun yangku alunkan...Pada firasatku bukan senang membuat orang yang mendengar meminati kalamku.Justeru itu aku cuba melahirkan kelainan dalam tazkirahku pada kali ini.Ada Juga gelak tawa dari hadirin.Gembira rasa hati....Walau bukan yang pertama bagiku,gementar tetap singgah dikalbi.Aku cuba memberanikan diri.....
posted by humaira` at 05:15 0 comments

~:Kembali:~

Maafkan saya jika sudah lama saya menyepikan diri.Bukan lari,tapi cuma ingin mencari ketenangan dalam diri.Oleh itu blog ini saya tinggalkan sepi.Tapi kini saya kembali beraksi...Jealous melihat teman yang baru memiliki blog sudah punya inspirasi.......
posted by humaira` at 05:03 0 comments

Sunday, 2 March 2008

.:~Terima kasih teman~:.







Teman,hebatnya ukhuwah antara manusia.Semalam tiba2 teman2ku menyambut hari lahirku yang ke 22.Padahalnya hari lahirku sudah berlalu hampir lima hari sudah.Terharu....Rupa-rupanya kecoh2 pasal ape aku tak ditaklifkan membawa hagah akhirnya terbongkar.Diaorang sanggup buat majlis untuk aku.Betul-betul tak sangka.....Itulah kasihnya teman..

Namun disebalik kegembiraanku,ada terselit sedikit perasaan sedih kerna tak dapat sambut bersama dengan 2 anak saudaraku yang turut berkongsi tarikh hari lahir.Teman2 semua mendoakanku agar berjaya di dalam imtihan dan yang paling penting berjaya di dunia dan akhirat.Terima kasih teman2ku semua atas jasa kalian...Semua itu tak kanku lupakan hingga akhir hayatku......






posted by humaira` at 20:24 1 comments